Ahad, 31 Januari 2010

Koleksi e-Book Islami

[Himpunan Doa-doa.pdf]

[Keluarga Muslim.pdf]

[Sirah Nabawi.pdf]


[Wasiat Ulama Terdahulu.pdf]


[Tafsir Surah al-Fatihah.pdf]

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Sabtu, 30 Januari 2010

Nilai-Nilai Moral & Penerangannya

[nilai-nilai moral.doc]

Standard Guru Malaysia (SGM)

Komponen SGM

Merit Pemilihan Calon ke IPT


Format Peperiksaan Pendidikan Moral SPM

[SP PM KBSM] [HSP PM T4] [HSP PM T5]
[Format Pendidikan Moral.doc]

Baiki Masalah PC Dengan BartPE

bartpeSebagai pengguna Windows, adalah menjadi lumrah untuk kita menghadapi seribu satu masalah dengan Operating System keluaran Microsoft ni. Nasib baiklah dengan adanya pelbagai perisian dan utiliti, macam-macam kita boleh buat untuk membaiki masalah di dalam Windows.

Tapi, bagaimana pula kalau Windows pun tak dapat nak buka? Dah tentu mati kutu kita dibuatnya. Jangan bimbang, kerana anda boleh lancarkan pelbagai program tanpa perlu masuk ke dalam Windows, dengan menggunakan BartPE.

BartPE adalah Boot CD untuk Windows. CD ini digunakan untuk tujuan PC Maintenance, iaitu penyelenggaraan komputer. Antara perkara-perkara yang anda boleh buat dengan BartPE adalah:

  • Buang virus dan spyware. Jika terdapat virus yang degil dan tak dapat dibuang dalam Windows, gunakan perisian Antivirus yang dilancarkan dari BartPE.
  • Backup fail. Salin dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, hard disk yang lain, ataupun burn ke dalam CD. Anda juga boleh clone terus satu-satu partition atau Hard Disk.
  • Layari Internet. Gunakan Opera atau Firefox (takde IE di sini ye >_<)
  • Buang Password. Anda terlupa password untuk Windows anda? BartPE boleh buang password ini supaya anda bleh login ke dalam Windows.
  • Dan banyak lagi! Semuanya bergantung kepada plugin yang anda sertakan ke dalam BartPE.

Bagaimana Nak Buat BartPE?

Ikuti langkah-langkah berikut:

  • Download PE Builder yang terbaru dan install.
  • Buka fail pebuilder.exe
  • Pada ruangan Source, masukkan CD Windows XP anda.
  • Pada bahagian Media Output, pilih "Burn to CD/DVD".
  • Setelah proses burn selesai, anda bolehlah menggukan BartPE anda.

Bagaimana Nak Tambah Program?

Dalam BartPE, program dipanggil sebagai plugin. Anda boleh dapatkan plugin untuk BartPE di sini. Untuk memasukkan plugin dalam CD BartPE anda, klik pada butang "Plugin" sewaktu membina CD BartPE. Jika anda mahukan CD BartPE yang telah sedia dengan pelbagai plugin, saya cadangkan anda dowload Ultimate Boot CD For Windows.


Sumber: http://sembangkomputer.com/baiki-masalah-pc-dengan-bartpe/

Memaksimakan Kelajuan Komputer Anda

Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut:

1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG

2. Pilih Tab Startup

3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

Tekan OK apabila selesai.

4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap

Sumber:
http://socolatajuz.blogspot.com/2009/01/bagaimana-maksimakan-kelajuan-komputer.html

PDFill PDF Tools. 7.0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang perkara-perkara lain yang anda boleh lakukan dengan fail-fail PDF anda. Semuanya dengan PDFill, dan berita baik untuk anda ialah, IANYA PERCUMA DAN TIADA WATERMARK! :)

PDFill Free

Seperti yang anda lihat di Screenshot di atas, berikut akan saya terangkan beberapa kegunaannya (yang biasa saya gunakan) dengan lebih lanjut:

  1. Merge PDF Files
    Membolehkan anda untuk menggabungkan beberapa fail PDF anda kepada satu fail sahaja.
  2. Split or Reorder Pages
    Membolehkan anda untuk memecah dan menyusun semula mukasurat-mukasurat dalam fail PDF anda kepada satu fail PDF yang baru.
  3. Encrypt & Decrypt Options
    Membolehkan anda untuk menambah Security pada PDF anda dengan menggunakan Password atau Kata Laluan. PDFill Free ini juga membolehkan anda untuk membuka mana-mana fail PDF yang telah di’encrypt’ dengan Kata Laluan.
  4. Rotate or Crop PDF Pages
    Membolehkan anda untuk menukar layout PDF anda kepda Landscape layout/Potrait. Juga membenarkan anda untuk memilih hanya sebahagian data/imej daripada fail PDF anda.
  5. Add Header & Footer
    Membolehkan anda untuk menambah Header dan Footer di atas setiap mukasurat fail PDF anda.
  6. Add Watermark by Text/Image
    Membolehkan anda untuk menambah ‘watermark’ samada dari bentuk imej/teks ke atas fail PDF anda.
  7. Convert PDF to Images/Convert Images to PDF
    Membolehkan anda untuk menukar format fail PDF anda kepada format imej,; samada .JPG atau .GIF.

DOWNLOAD (MUAT TURUN) DI SINI.

Selamat mencuba!

Wallahu'alam.


Sumber: http://faizal.iits.com.my/2009/12/menambah-penggunaan-fai-pdf-anda/

Tarikh Peperiksaan Awam 2010

Rabu, 27 Januari 2010

Kualiti Kerja Sebagai Muslim


Pernah didengar orang kata, "Kerja itu ibadah."


Ya! Saya setuju. Bila buat kerja ini ibadah. Kerja saya semasa jadi guru juga adalah ibadah. Persoalannya, adakah patut jika ibadah itu saya lakukan sekadarnya sahaja?

Ambil contoh. Solat itu sah jika segala syarat dan rukunnya terlaksana. Tapi sebagai seorang hamba yang dambakan cintaNya, cukupkah sekadar itu. Tentu sahaja nakkan solat yang khusyuk, yang dapat mendekatkan diri kepadanya.

Macam itu juga kerja. Sehari-hari saya berkerja, pastinya letih, apa yang kita dapat daripada kerja itu?

Kalaulah kerja itu dikatakan ibadah, sepatutnya ianya mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta. Teringat kata-kata ulama, "ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah."

Jadinya, tak salah pula kalau saya katakan, "kerja yang bermanfaat adalah kerja yang dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta."


Kerja, Kerja, Kerja

Sejak saya masuk alam pekerjaan, banyaknyalah kerja. Ada yang kerjanya taraf kerja. Ada yang kerjanya taraf amanah.

Apapun kerjanya, tidak boleh tidak bagi saya untuk lakukannya sambil lewa. Kena sungguh-sungguh! Kerana saya harus sedar bahawa kerja saya adalah keranaNya. Mengharapkan keredhaanNya. Kerja saya biarlah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Sungguh, setiap kerja yang kita lakukan adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Walaupun hanya menulis nama. Takut-takut, dengan salah tulis nama, dah boleh timbul kesusahan untuk mereka. Kan dah jadi zalim.

Itu satu contoh. Cukup buat muhasabah saya.


Kualiti Kerja Untuk Islam, Kerana Allah


Andai katalah, saya sebagai orang Islam, melakukan kerja apapun sambil lewa, bukankah ianya boleh jadi fitnah.

"Orang Islam pemalas."

"Orang Islam tak bagus buat kerja."

"Orang Islam suka buat kerja sambil lewa. Tak sungguh-sunguh!"

Bukankah ayat-ayat itu tak patut didengar. Islam itu baik. Islam itu cemerlang. Tapi Islam dipandang tak cemerlang kerana umatnya yang lemah dan tak menggambarkan Islam.

Saya tak nak jadi umat Islam yang tergolong dalam kategori yang memberi imej buruk kepada Islam. Sungguh, saya nak Islam dipandang hebat, saya dan kita mesti melakukan kerja dengan kualiti. Itu baru Islam!

Kalaulah umat Jepun boleh kerja dengan cemerlang walaupun bukan Islam, takkanlah saya dan kita sebagai umat Islam tak boleh tonjolkan Islam yang sememangnya cemerlang!?

Ayuh, saya terutamanya mesti mengkualitikan kerja. Terutamanya dalam gerak kerja Islam. Tak mahulah, bila kerja biasa buat sungguh-sungguh, tapi untuk kerja Islam buat hanya ala kadar. Tak layak jadi pejuang Islam.

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam salatnya. dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna." -Surah al-Mukminun ayat 1-3

Sebagaimana kata-kata Allah di atas, Allah suka pada 'kerja' yang kualiti. Tidak sia-sia. Atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Wallahua'lam

¬pemudaagama.blogspot.com¬