Jumaat, 27 Ogos 2010

Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Muslim


Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Tanah Melayu. Pada tarikh tersebut Tanah Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih terjajah. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana mengekalkan nikmat kemerdekaan negara sehingga ke saat ini.

Namun, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam seharusnya tidak terlalu selesa dengan suasana ini. Kita harus senantiasa bertanya, apakah kita berada dalam keadaan yang hakiki? Apakah kita telah merdekakan tanah air, jiwa, pemikiran, budaya, tingkah laku dari penjajahan ideologi yang rosak? Atau apakah tanah air kita sahaja yang telah ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, namun pemikiran dan ideologi mereka masih diwarisi oleh kita?

Sebenarnya, penjajahan turut berlaku pada gaya serta cara berfikir, akhlak, tingkah laku dan budaya seseorang warganegara itu. Oleh kerana itu, Abu A`lla al-Maududi, seorang pemikir dan ilmuwan Islam yang terkemuka di bumi India di kala India mendapat kemerdekaan dan berlaku perpecahan negara kepada India dan Pakistan. Beliau menyatakan: “Telah pergi orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”.

Oleh kerana itu, umat Islam perlulah mengisi kemerdekaan ini dengan menghapuskan saki baki tinggalan penjajah dalam setiap aspek kehidupan mereka. Inilah mesej kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di awal Islam ketika mereka berusaha membebaskan bangsa dan kaum yang lemah daripada cengkaman penjajahan Rom dan Parsi yang merupakan dua kuasa besar dunia ketika itu. Ini dapat dilihat menerusi ungkapan Rub’ii bin Amir seorang pejuang Islam dihadapan Rustum panglima perang Rom:

“Allah mengutuskan kami untuk kami mengeluarkan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Pencipta manusia, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat.”

    Justeru, marilah kita memahami erti kemerdekaan secara yang lebih holistik dan matang. Merdekakan jiwa dan minda kita dari melanggar arahan Allah SWT. Merdekakan masyarakat kita dari perpecahan dan permusuhan. Sabda Nabi SAW:

    Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Akumemohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “ (Hadis riwayat Bukhari)

    Semoga dengan memahami erti sebenar kemerdekaan , akan menambahkan keberkatan kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT; maksudnya: “

    Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”(al-A’raaf: 96)




    Khamis, 26 Ogos 2010

    Taati Ibu Jika Mahu Ke Syurga


    Oleh MUHAMMAD HATIM

    Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu.Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali lipat dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.

    Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:

    Wahai Rasulullah: “Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” “Apakah ibumu masih hidup?” orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)

    Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah s.w.t telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

    “Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka.” (al-Qasasb : 13)

    Alangkah besarnya rahmat Allah terhadap ibu. Dengan anugerah ini dapatlah ibu hidup lebih bahagia dengan menyusukan anak sendiri dan mengasuhnya sehingga besar dengan perbelanjaan dari istana. Sebab dengan menjadi pengasuh dan menyususkan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir.

    Pengorbanan ibu adalah tidak dapat diukur dan dibandingkan. Ia adalah melebihi daripada segala pengorbanan.Ada satu kisah dan ikhtibar yang boleh dipetik daripada sebuah hadis yang bermaksud:

    “Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: seorang yang bernama Juraij (seorang abid dari kalangan bani Israel) sedang mengerjakan ibadat disebuah tempat peribatan. Lalu ibunya datang memanggilnya. Humaid berkata: Abu Rafi’ pernah menerangkan kepadaku mengenai bagaimana Abu Hurairah meniru gaya seorang ibu Juraij ketika memanggil anaknya, sebagaimana beliau mendapatkannya daripada Rasulullah s.a.w, iaitu meletakkan tangannya di bahagian kepala antara dahi dan telinga serta mengangkat kepalanya: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Ketika itu perempuan tersebut mendapati anaknya memulai solat. Dengan keraguan Juraij berkata kepada diri sendiri. Ya Tuhan, ibuku atau solatku. Tetapi Juraij telah memilih untuk meneruskan solatnya. Tidak berapa lama kemudian, perermpuan tersebut pergi untuk yang kedua kalinya. Ia memanggil: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Juraij bertanya lagi kepada diri sendiri: Ya Tuhan, ibuku atau solatku. Tetapi, ia masih lagi memilih untuk meneruskan solatnya. Oleh kerana terlalu kecewa akhirnya peermpuan itu berkata: Ya Tuhan, sesungguhnya Juraij adalah anakku. Aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata ia enggan menjawabku. Ya Tuhan, janganlah Engkau matikan ia sebelum mendapat fitnah yang disebabkan oleh perempuan pelacur. Pada suatu hari, seorang pengembala kambing sedang berteduh di tempat peribadatan Juraij yang letaknya jauh terpencil dari orang ramai. Tiba-tiba datang seorang prempuan dari sebuah dusun yang juga sedang berteduh di tempat itu. Kemudian keduanya melakukan perbuatan zina, sehingga melahirkan seorang anak. Ketika ditanya oleh orang ramai: Anak siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak dari penghuni tempat peribadatan ini. Lalu orang ramai berduyun-duyun datang kepada Juraij. Mereka membawa besi tajam seraya berteriak memanggil Juraij yang sedang solat. Maka sudah tentu Juraij tidak melayani panggilan mereka, akhirnya mereka merobohkan bangunan tempat ibadat itu. Tatkala melihat keadaan itu, Juraij keluar menemui mereka. Mereka berkata kepada Juraij, “Tanyalah anak ini!” Juraij tersenyum, kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya “Siapakah bapamu?” Anak itu tiba-tiba menjawab, “Bapaku adalah seorang pengembala kambing.” Setelah mendengar jawapan jujur dari anak tersebut, mereka kelihatan menyesal, lalu berkata: “Kami akan mendirikan tempat peribadatan yang kami robohkan ini dengan emas dan perak,” Juraij berkata. “Tidak perlu, biarkan ia menjadi debu seperti asalnya. Kemudian Juraij meninggalkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

    Kisah singkat dalam hadis ini menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah, doanya dapat dikabulkan segera. Allah lebih mendahulukan kepentingan ibu daripada hak-Nya untuk disembah.

    Atas dasar hadis-hadis inilah umat Islam menyedari bahawa darjat ibu lebih tinggi dari ayah dalam menperolehi pengabdian anak kepada mereka masing-masing. Tidak diragukan bahawa ibu secara alamiah memiliki peranan yang cukup strategik dalam mendidik anak sejak kecil hinggalah dewasa.

    Syariat Sa’ie di antara bukit Safaa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah ialah memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar (bonda Nabi Ismail) dan mengekalkan gerak laku seorang ibu, yang mana penuh sabar dan tabah hati mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya.

    Pengorbanan ini adalah bukti yang nyata bahawa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada ibu, telah memberi penghargaan yang abadi dengan disyariatkan peristiwa yang dilakukan oleh ibu ini dalam salah satu rukun Islam yang kelima.

    Justeru itu, kita diperentahkan untuk memohonkan rahmat llahi yang tidak bertepi itu kepada kedua ibubapa kita.Adalah wajar kita memohon untuk keduanya agar menperolehi lebih banyak dari yang kita perolehi,menbalas budi mereka melebihi budi mereka kepada kita. Bukankah kita diperentahkan untuk melakukan ihsan terhadap mereka berdua.

    Nyata dan jelas sebabnya mengapa Islam memberi penghormatan ini kepada wanita yang dipanggil ibu itu. Tidak lain kerana kedudukannya yang penting dan peranannya dalam setiap kehidupan manusia adalah amat besar. Wanita itulah yang menjadi sumber alam yang pertama bagi permulaan sesuatu kehidupan manusia setelah mereka keluar dari alam zuriat.

    Ibn Batutta menyatakan seseorang ibu itu berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana susah payah yang dialaminya sendirian ketika hamil, bersalin dan ketika menyusukannya. Manakala bapa berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana kerjasamanya dengan ibu dalam memberi nafkah dan mendidik anak-anak.

    Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan perhormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya. Rasulullah s.a.w. menyebut perkataan ibu sebanyak tiga kali sedangkan bapa hanya sekali sahaja iaitu pada kali yang terakhir (keempat). Al-Qurtubi menyatakan, jika berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anaknya, maka ibulah yang lebih berhak diutamakan.

    Namun begitu, ibu tidak akan dapat menikmati kebaikan, kasih sayang dan penghargaan daripada anaknya, sekiranya dia gagal mendidik dan membimbing anak-anaknya dengan sempurna mengikut lunas-lunas yang dikehendaki oleh syarak. Menghormati ibu, mentaatinya, sedia berkhidmat kepadanya, tidak mengingkari perintahnya kecuali pada perkara yang bertentangan dengan syarak, adalah menjadi sebab seseorang itu dapat masuk ke syurga.





    Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

    Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

    Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Nuzul Al-Quran

    Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

    Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

    Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

    Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

    Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

    Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

    Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


    Panduan

    Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

    1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

    2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

    3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

    Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

    Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

    Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

    Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

    Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

    Mengurus Diri & Masa

    Studi Smart

    Menunjuk Puncak Kecemerlangan

    Fikir-Fikirlah

    Buat Sampai Jadi

    Nak Ke Tak Nak

    Sejarah (Model Kertas)

    Kejayaan Dari Dalam

    19 Tip Pendidik Cemerlang

    Smart Learning: Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang

    19 Tabiat Kuasa Perubahan

    Visual Pelangi Sejarah Tingkatan 4

    Focus Ace SPM Sejarah

    Focus Ace SPM Sejarah

    Rujukan Kompak Sejarah SPM

    Q&A Sejarah SPM

    Rabu, 25 Ogos 2010

    Physics: A Conceptual World View 7 Edition

    Particle Physics 3rd Edition

    Physics Experiments for Children

    Electronics for Dummies

    Quantum Physics for Dummies

    Physics for Dummies

    Pure Mathematics Volume 2

    Pure Mathematics Volume 2

    Pure Mathematics Volume 1

    Applied Mathematics Volume 1

    Understanding Pure Mathematics

    E-Book: Super HOT Mathematics Form 4 (by Pelangi)

    E-Book: Excel in SPM Mathematics (by Arah Pendidikan)

    E-Book: Practice Makes Perfect SPM Mathematics (by Pelangi)

    E-Book: Quick Revision SPM Mathematics (by Pelangi)

    Selasa, 24 Ogos 2010

    Ramadhan Dalam Lipatan Sejarah

    DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini.

    Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.

    Peristiwa itu membawa pengertian besar kepada umat Islam, terutama membabitkan peperangan yang membuktikan betapa teguhnya keimanan umat Islam terdahulu dalam menegakkan agama suci ini.

    Ia membawa pengajaran besar bahawa dalam melaksanakan ibadat puasa, umat Islam perlu tabah mengharungi apa saja cabaran.

    Puasa bukan bulan untuk berehat-rehat, bersenang-senang atau lalai melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam. Umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada menghadapi ancaman musuh.

    Selain itu, Ramadan menyaksikan peristiwa duka kepada Rasulullah. Dalam menghadapi peristiwa itu, Baginda tabah sehingga tidak menjejaskan ibadat puasa.

    Antara peristiwa berlaku pada Ramadan ialah ‘Ammul Hazan’ atau ‘tahun kedukaan’ iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad.

    Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.

    Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah pula, untuk kali pertama, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.

    Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah bersama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadan dan pada 17 Ramadan berlaku peperangan Badar al-Kubra.

    Perang itu menjadi titik awal kebangkitan kaum Muslimin ke atas kekuatan Musyrikin dan kesesatannya. Pada tahun kedua Ramadan itu juga diwajibkan zakat fitrah.

    Bulan Ramadan pada tahun kelima Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.

    Ia berlaku pada Syawal berikutnya dengan kemenangan tentera Muslimin.

    Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadan tahun ketujuh Hijrah.

    Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.

    Pada 21 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.

    Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman pada Ramadan tahun ke-10 Hijrah dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.

    Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan bersembahyang jemaah dengan Ali.

    Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah.

    Ramadan tahun ke-11 Hijrah turut menyaksikan orang Musyrikin yang tewas dalam peperangan Badar membuat persiapan untuk menuntut kembali kekalahan mereka. Beberapa kabilah mereka bersatu pada bulan itu dan pada 7 Syawal berikutnya, tercetus peperangan Uhud.

    Pada Ramadan yang sama, utusan kerajaan Hummir menemui Nabi Muhammad dan memaklumkan mengenai keislaman kerajaan itu. Baginda menyambutnya dengan penuh hormat.

    Rasulullah menyerahkan kepada satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar daripada sejarah kemajuan dan perkembangan Islam kepada utusan itu.

    Satu lagi peperangan berlaku pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah. Dalam peperangan Qadisiah itu, orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi.

    Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.

    Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian).

    Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam.” Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.

    Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di 'Ain Jalut.

    Peperangan ini berikutan jatuhnya Daulah Abbasiyyah, kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat perkembangan ilmu oleh tentera Tartar. Buku perpustakaan di Baghdad ditenggelamkan di Sungai Tigris untuk dijadikan jambatan. Dalam sejarah digambarkan betapa air Sungai Tigris ketika itu berwarna kehitam-hitaman kerana terlalu banyak dakwat larut. Demikianlah berakhirnya sebuah peradaban moden Islam di Baghdad.

    Umat Islam tidak berdiam diri membiarkan orang kafir merobekkan kemuliaan Islam. Penguasa Mesir ketika itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju ke Syam untuk menghalang tentera Mongol. Dua pasukan itu akhirnya bertemu di tempat bernama 'Ain Jalut (di Palestin). Sejarah mencatatkan pasukan Tartar ditumpaskan kaum Muslim di 'Ain Jalut.

    Peristiwa lain yang dicatatkan oleh sejarah pada Ramadan ialah:

  • Tentera Islam pimpinan Umar ibnu Asy menyerang balas serangan tentera Mesir yang menyerang tentera Islam ketika bersembahyang Jumaat pada Ramadan tahun ke-19 Hijrah dan menang.

  • Khalifah keempat Khulafur-Rasyidin, Ali Abi Talib, ditikam curi ketika keluar dari rumahnya untuk berjamaah solat Subuh pada 15 Ramadan tahun ke-40 Hijrah dan wafat dua hari kemudian.

  • Tentera Islam mendarat di pantai selatan Andalus dan ditentang pengawal benteng pada Ramadan tahun ke-91 Hijrah. Setahun kemudian, Tariq bin Ziad mengetuai tentera Islam mengalahkan pasukan Raja Roderick.
  • Rujukan:
    http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Ihya/20090819160520/Article/index_html

    Chapter 1: Standard Form

    Notes


    Exercises



    Success in SPM Mathematics

    The two main factors to obtain in the SPM Mathematics examinations are the studying techniques and answering techniques

    Studying techniques

    1. Mathematics is mastered by doing exercises - do a lot of exercises. This will help you hone your problem-solving skills and also build your confidence in tackling questions.
    2. Make a list of formulae that will be useful.
    3. Practice everyday - solving 10 problems a day for 10 days is better than solving 100 problems in a single day.
    4. Write complete solutions during revision or homework.
    5. Learn how to use your scientific calculator - it will save a lot of time in answering question.
    6. Cover all the topics when studying for paper 1
    7. Paper 2, focus only on the topic listed below:



    Isnin, 23 Ogos 2010

    Jadual Peperiksaan Awam Malaysia 2010

    Berikut merupakan jadual bagi UPSR, PMR & SPM.

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
    Jadual Waktu UPSR 2010
    Muat turun:
    http://apps2.moe.gov.my/files/upsr/2010/JADUAL%20WAKTU%20UPSR%202010.pdf

    Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR)
    Jadual Waktu PMR 2010
    Muat turun:
    http://apps2.moe.gov.my/files/sppmrr/2010/Jadual%20Waktu%20PMR%202010.pdf

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    Jadual Waktu SPM 2010
    Muat turun:
    http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/spm/2010/Jadual%20Waktu%20SPM%202010.pdf