Sabtu, 30 Januari 2010

Baiki Masalah PC Dengan BartPE

bartpeSebagai pengguna Windows, adalah menjadi lumrah untuk kita menghadapi seribu satu masalah dengan Operating System keluaran Microsoft ni. Nasib baiklah dengan adanya pelbagai perisian dan utiliti, macam-macam kita boleh buat untuk membaiki masalah di dalam Windows.

Tapi, bagaimana pula kalau Windows pun tak dapat nak buka? Dah tentu mati kutu kita dibuatnya. Jangan bimbang, kerana anda boleh lancarkan pelbagai program tanpa perlu masuk ke dalam Windows, dengan menggunakan BartPE.

BartPE adalah Boot CD untuk Windows. CD ini digunakan untuk tujuan PC Maintenance, iaitu penyelenggaraan komputer. Antara perkara-perkara yang anda boleh buat dengan BartPE adalah:

  • Buang virus dan spyware. Jika terdapat virus yang degil dan tak dapat dibuang dalam Windows, gunakan perisian Antivirus yang dilancarkan dari BartPE.
  • Backup fail. Salin dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, hard disk yang lain, ataupun burn ke dalam CD. Anda juga boleh clone terus satu-satu partition atau Hard Disk.
  • Layari Internet. Gunakan Opera atau Firefox (takde IE di sini ye >_<)
  • Buang Password. Anda terlupa password untuk Windows anda? BartPE boleh buang password ini supaya anda bleh login ke dalam Windows.
  • Dan banyak lagi! Semuanya bergantung kepada plugin yang anda sertakan ke dalam BartPE.

Bagaimana Nak Buat BartPE?

Ikuti langkah-langkah berikut:

  • Download PE Builder yang terbaru dan install.
  • Buka fail pebuilder.exe
  • Pada ruangan Source, masukkan CD Windows XP anda.
  • Pada bahagian Media Output, pilih "Burn to CD/DVD".
  • Setelah proses burn selesai, anda bolehlah menggukan BartPE anda.

Bagaimana Nak Tambah Program?

Dalam BartPE, program dipanggil sebagai plugin. Anda boleh dapatkan plugin untuk BartPE di sini. Untuk memasukkan plugin dalam CD BartPE anda, klik pada butang "Plugin" sewaktu membina CD BartPE. Jika anda mahukan CD BartPE yang telah sedia dengan pelbagai plugin, saya cadangkan anda dowload Ultimate Boot CD For Windows.


Sumber: http://sembangkomputer.com/baiki-masalah-pc-dengan-bartpe/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan