Rabu, 27 Januari 2010

Kualiti Kerja Sebagai Muslim


Pernah didengar orang kata, "Kerja itu ibadah."


Ya! Saya setuju. Bila buat kerja ini ibadah. Kerja saya semasa jadi guru juga adalah ibadah. Persoalannya, adakah patut jika ibadah itu saya lakukan sekadarnya sahaja?

Ambil contoh. Solat itu sah jika segala syarat dan rukunnya terlaksana. Tapi sebagai seorang hamba yang dambakan cintaNya, cukupkah sekadar itu. Tentu sahaja nakkan solat yang khusyuk, yang dapat mendekatkan diri kepadanya.

Macam itu juga kerja. Sehari-hari saya berkerja, pastinya letih, apa yang kita dapat daripada kerja itu?

Kalaulah kerja itu dikatakan ibadah, sepatutnya ianya mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta. Teringat kata-kata ulama, "ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah."

Jadinya, tak salah pula kalau saya katakan, "kerja yang bermanfaat adalah kerja yang dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta."


Kerja, Kerja, Kerja

Sejak saya masuk alam pekerjaan, banyaknyalah kerja. Ada yang kerjanya taraf kerja. Ada yang kerjanya taraf amanah.

Apapun kerjanya, tidak boleh tidak bagi saya untuk lakukannya sambil lewa. Kena sungguh-sungguh! Kerana saya harus sedar bahawa kerja saya adalah keranaNya. Mengharapkan keredhaanNya. Kerja saya biarlah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Sungguh, setiap kerja yang kita lakukan adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Walaupun hanya menulis nama. Takut-takut, dengan salah tulis nama, dah boleh timbul kesusahan untuk mereka. Kan dah jadi zalim.

Itu satu contoh. Cukup buat muhasabah saya.


Kualiti Kerja Untuk Islam, Kerana Allah


Andai katalah, saya sebagai orang Islam, melakukan kerja apapun sambil lewa, bukankah ianya boleh jadi fitnah.

"Orang Islam pemalas."

"Orang Islam tak bagus buat kerja."

"Orang Islam suka buat kerja sambil lewa. Tak sungguh-sunguh!"

Bukankah ayat-ayat itu tak patut didengar. Islam itu baik. Islam itu cemerlang. Tapi Islam dipandang tak cemerlang kerana umatnya yang lemah dan tak menggambarkan Islam.

Saya tak nak jadi umat Islam yang tergolong dalam kategori yang memberi imej buruk kepada Islam. Sungguh, saya nak Islam dipandang hebat, saya dan kita mesti melakukan kerja dengan kualiti. Itu baru Islam!

Kalaulah umat Jepun boleh kerja dengan cemerlang walaupun bukan Islam, takkanlah saya dan kita sebagai umat Islam tak boleh tonjolkan Islam yang sememangnya cemerlang!?

Ayuh, saya terutamanya mesti mengkualitikan kerja. Terutamanya dalam gerak kerja Islam. Tak mahulah, bila kerja biasa buat sungguh-sungguh, tapi untuk kerja Islam buat hanya ala kadar. Tak layak jadi pejuang Islam.

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam salatnya. dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna." -Surah al-Mukminun ayat 1-3

Sebagaimana kata-kata Allah di atas, Allah suka pada 'kerja' yang kualiti. Tidak sia-sia. Atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Wallahua'lam

¬pemudaagama.blogspot.com¬

Tiada ulasan:

Catat Ulasan