Rabu, 8 September 2010

I'M ALONE BUT NOT LONELY


Adakah menyendiri itu bererti kesunyian?? Ramai yang suka menyendiri dan ada yang akan lebih selesa bila berada dalam kelompok yang ramai..yang menyendiri bukan bererti tidak pandai beramah mesra dan begitu juga sebaliknya..

Sebenarnya, ada antara kita yang tak sedar bahawa menyendiri itu tak bermakna kita kesunyian dan sepi kerana walaupun tiada seorang pun disisi kita,kita jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada memerhati dan menguji setiap gerak geri kita..walau segelap dan sekebal mana pun tempat yang kita pilih untuk menyorok dari Nya,kita tetap akan dapat dilihat dan dicatit nilai untuk setiap perbuatan kita..


Oleh itu,jangan sesekali kita bersedih jika manusia nak menyisih kita dengan sebab munasabah kerana berasa Allah sentiasa ada bersama kita adalah lebih baik dari semua..jika kita mempunyai masalah berat dan tiada yang nak membantu kita dalam kesusahan itu,janganlah berasa sedih tetapi bangkitlah memohon pertolongan dari Allah dan jangan sesekali berputus asa kerana setiap ujian itu diberi sesuai dengan kemampuan kita..


Jangan bersedih dan menyalahkan takdir,tetapi berfikirlah bahawa semua masalah yang datang itu mungkin dari salah diri kita sendiri..renungkanlah sejenak dan cari mana silap untuk dibaik pulih..sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Berfikirlah dan bersyukurlah, Yang berlalu biarkan berlalu..





1 ulasan: