Rabu, 9 Jun 2010

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 09 Jun 2010

Bagi tempoh 24 jam yang lepas, satu (1) laporan kejadian kluster ILI yang baru telah dilaporkan dari negeri Pulau Pinang seperti yang ditunjukkan di Lampiran 1. yang disertakan bersama. Jumlah kluster ILI yang masih aktif di seluruh negara adalah 43.

Sebanyak 18 kes baru yang disahkan positif influenza A(H1N1) oleh makmal menjadikan jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) adalah berjumlah 14,987 kes. Jumlah kes ILI yang dirawat di dalam wad hospital di seluruh negara adalah 502 kes dan daripada jumlah tersebut 51 kes atau 10.2% disahkan positif influenza A(H1N1). Untuk makluman, jumlah kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU ialah sepuluh (10) kes di mana lapan daripadanya adalah individu yang mempunyai faktor risiko. Tiada kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 88 kes.

Seperti di kebanyakan negara, jangkitan influenza A(H1N1) adalah masih aktif. Orang awam perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus Influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan, boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 09 Jun 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan