Ahad, 11 April 2010

Majoriti Ibu Bapa Sokong Hukuman Rotan


LONDON: Penyelidikan yang dilakukan kerajaan menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah ‘kaedah kawalan berkesan’ kepada pelajar dan berkata tingkah laku kanak-kanak semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan.

Mereka berkata, keputusan untuk mengharamkan hukuman itu menyumbangkan kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Komen itu – dalam kajian yang disokong oleh Jabatan Kanak-Kanak, Sekolah dan Keluarga – didedahkan beberapa bulan selepas satu perlima guru menggesa hukuman rotan diperkenalkan semula untuk mengawal keadaan dalam kelas.

Minggu ini, laporan oleh Ofsted menunjukkan kaedah disiplin tradisional seperti menggantung persekolahan beratus-ratus pelajar bermasalah pada satu masa dan melarang pelajar membotakkan kepala atau memakai pakaian berjenama adalah pencegahan yang baik.

Hukuman berat, termasuk penggunaan rotan dan pembaris, dihapuskan di sekolah kerajaan pada 1987 dan 1998 di sekolah persendirian.

Dalam kajian terbaru, jabatan berkenaan mengadakan temubual dengan 48 orang dewasa untuk mengukur sejauh mana pandangan mereka mengenai tingkah laku golongan muda.

Apabila diminta menggambarkan apa yang mereka rasa menjadi punca penurunan mutu disiplin, mereka mengemukakan beberapa sebab berdasarkan pemantauan umum. – Agensi

SUMBER: Berita Harian Online

2 ulasan:

  1. Hukuman Rotan wajar dikembalikan demi melahirkan pelajar2 yang terdidik...

    BalasPadam
  2. setuju!!alhamdulillah semasa mesyuarat pibg di sekolah saya baru2 ni, ibubapa sepakat membenarkan anak2 mereka dirotan apabila ponteng kelas tambahan..

    BalasPadam