Jumaat, 16 April 2010

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 16 April 2010

Sehingga jam 8:00 pagi pada 16 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah sembilan (9) laporan kejadian kluster ILI daripada lima (5) buah negeri seperti di ‘Lampiran 1’.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 15 April 2010, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 549 kes. Daripada jumlah tersebut, 62 kes (11.3%) telah disahkan positif influenza A(H1N1), manakala sembilan (9) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Jumlah terkumpul kes H1N1 adalah 13,061. Tiada laporan kematian yang diterima semalam.

Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh Negara. Hasil pemantauan pemberian vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan mendapati vaksin ini adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan yang serius. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03 - 8881 0200 / 0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 16 April 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan