Rabu, 28 April 2010

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 28 April 2010

Sehingga jam 8:00 pagi pada 28 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah lapan (8) laporan kejadian kluster ILI daripada lima (5) buah negeri seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 27 April 2010, sejumlah 42 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,522. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 570 kes. Daripada jumlah tersebut, 61 kes (10.7%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah sembilan (9) kes di mana tujuh (7) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. Tiada laporan kematian H1N1 pada hari ini. Untuk makluman, jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini masih kekal 80 orang.

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih terus aktif di dalam komuniti. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 28 April 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan